Monday, June 6, 2011

MEMBANGKITKAN KEKUATAN ROHANI

Assalamualaikum,

Segala puji dan puja hanya layak bagi Allah yang Maha Esa, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...Tuhan yang menyempurnakan ciptaan manusia dengan sebaik-baik kejadian...Selawat dan salam khas untuk manusia yang paling sempurna, yang memiliki kekuatan rohani yang sangat hebat dan pembimbing yang mampu menguatkan kekuatan rohani para pengikut serta pencintanya, Sayyidina Muhammad...Para ahli baginda dan para sahabat baginda...

Allah yang Maha Pemurah telah melengkapkan kejadian manusia dengan 4 kekuatan. kekuatan rohani, kekuatan emosi, kekuatan minda dan kekuatan fizikal. Allah juga telah menurunkan seorang rasul dengan kasih sayangnya bertujuan mengajar dan membimbing manusia bagaimana membangkitkan kekuatan yang dibekalkan tersebut dan cara mengaplikasikannya dalam kehidupan.

 Metod yang telah diajar oleh Rasulallah S.A.W untuk mengaktifkan kekuatan rohani dapat dibahagikan kepada 2 metod utama iaitu amalan fardhu yang sempurna dan amalan sunat yang konsisten. Hal ini telah dinyatakan oleh Rasulallah di dalam satu hadis qudsi yang bermaksud, " senantiasalah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan yang difardhukan dan senantiasalah hambaKu mendekatkan diri kepadaKu dengan amalan-amalan sunat hingga Aku mencintainya." Melalui hadis ini, jelaslah kepada kita bahawa fomula membangkitkan kekuatan rohani adalah:

          SQ = FS( FARDHU YANG SEMPURNA) + SK ( SUNAT YANG KONSISTEN )

No comments:

Post a Comment